Friday 30 April 2010

Day 2

Kat depan hotel aku memang tumpuan orang ramai. Ramai org2 Afrika yg ambik peluang jual memacam barang kat sini.. Memang meriah.. 

Ini sementara tengah gather nak ke  Masjid Tanaim…. Orang sentiasa ramai.. 

Masjid Tanaim. Ramai orang datang sini utk berniat ihram pasal dia adalah miqat yg paling dekat dengan Tanah Haram
Expanding Masjidil Haram

Nak citer pasal semayang Jumaat. Ni la first time aku pegi masjid masa org semayang Jumaat. Mane la aku tahu pompuan pun semayang jumaat gak. Maka aku pun niat le semayang zuhur. Aik tapi bila rakaat ke 2 dah salam… Kompom dah aku salah semayang ni. Rupenya pompuan pun ikut semayang jumaat gak. Hehhee… A lesson to learn.

Still jet lag. Magrib dah tersengguk2..Iye la kan, magrib kat Mekah sama ngan kul 12 kat Mesia .

Depan main entrance. Bab King Abdul Aziz

Thursday 29 April 2010

Day 1

Before aku start, aku nak story sikit pasal group aku. Kitorang ada 2 bas tapi actual figure aku tak tahu brp org dan ada 2 mutawwif : Ust Afandi ngan Ust Arfan. Belum sempat lagi la aku nak berkenalan ngan diorang pasal Day 1 pun aku tak byk kuar bilik.


Masjidil Haram dari bilik aku

Dalam itinery memang dah siang2 cakap hari ni “buat hal sendiri”. Memang patut la, pasal memang penat pun. Aku ni sebab excited sangat pepagi tu tak rasa le ngantuk penat lagi, Masuk magrib memang outt….Tersengguk2

Jalan2 petang : aku memang kagum dengan kecantikan Masjidil Haram. Masjid tercantik bagi aku..


Wednesday 28 April 2010

Tibalah harinya

Tiba harinya aku nak berangkat. Awal2 pagi dah keluar rumah siap2, maca nak gi keje.. pasalnya ada lg urusan2 yg belum setel. pegi Bangi, pegi bank, tukar duit, hantar anak umah MIL. Bersiap sumer2 kitorang buat kat umah MIL. Lepas lunch, member tolong htr ke KLIA. Kena gather kat KLIA kul 12. cabaran pertama aku... aku kembung perut, asyik nak terk**t** jek.. susah tu nak jaga wudhu. 
Muke orang tak sabar nak naik flight

8 jam journey.Flight depart kul 3.30 pm. sampai la Jeddah ard 7pm time dia. Kalau M'sia tambah 5 jam, meaning kul 12.00 am. Setelkan segala urusan airport , ard 9pm bertolak ke Mekah. Sampai jek Mekah terus buat Umrah pasal dah niat atas flight td. Tapi tak rasa penatnye w'pun dah almost 24 hours tido tak tido jek. Mungkin gak pasal aku excited.

Tuesday 27 April 2010

Impian aku sekian lama

Sekian lama aku pendam rasa nak buat Umrah. Alhamdulillah tahun ni tanpa perancangan awal, aku dan hubby tiba2 putuskan nak berangkat bersama2 ke sana ke Mekah. Syahdu gak bile dia sanggup bawak aku tahun ni.

Sebulan jek aku ambik masa nak belajar buat Umrah ni (lama k ok eh?) Baca buku maca mnak ambik xm.. Pasal register pun dah lewat . Ye la macam aku kata, tak plan. tapi bila nawaitu dah ada, alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan sampai ke hari aku berangkat.

Anak2 aku tinggalkan umah MIL aku.

Malam ni MIL aku buat baca yasin, doa selamat sikit utk kitorang.. Panggil jiran2 dekat jek. Aku lak cuti dah takde, so mmg tak dapat la nak nolong sangat. Dah tu lepas kenduri terpaksa tinggal tak tolong sebab aku pun lom habis packing brg2 kat umah. Memang le terasa sangat bersalah tapi no choice la.