Sunday 1 May 2011

R.I.N.D.U



"Ya Allah Ya Tuhanku... berikanlah peluang untuk aku untuk sampai lagi ke sini..AMIN".

Monday 25 April 2011

Atlas Al-Qur'an

Inilah Bukti Bahawa Al-Quran itu Benar Ni satu lagi Atlas yg aku beli sama2 dengan Atlas Rasulullah.
SINOPSIS :
Dalam khazanah keilmuan Islam, buku ini terhitung baru di bidangnya dan belum pernah ada sebelumnya.
Buku ini akan membantu umat Islam untuk membuktikan kebenaran berbagai informasi sejarah dan kejadian serta keberadaban umat-umat terdahulu yang termaktub dalam Al-Quran. Pembuktian ini diperkuat lagi oleh atlas yang memperjelas letak dan posisi tempat kejadian, tempat tinggal suatu kaum, dan berbagai peristiwa penting lainnya. Di dalam atlas ini pembaca akan menemukan diantaranya beberapa hal berikut :




  • Tempat turunnya Adam dan Hawa dari syurga


  • Tempat pembunuhan dan kuburan Habil.


  • Daerah yang dilanda banjir besar dan menewaskan kaum Nabi Nuh.


  • Negeri yang menjadi tempat pembinasaan kaum Nabi Luth.


  • Tempat Nabi Sulaiman dulu mendengar percakapan sekawan semut.


  • Laut yang pernah dibelah dengan tongkat Nabi Musa.


  • Kisah Ashabul Kahfi, Ashabul Jannah, Ashabul Fil, Iramadzatil Imad, Ashabul Ukhdud, Ashabul Rassi, dan rihlatasy syita'i wash shaif.


  • Kisah peperangan Rasulullah, perjalanan beliau, Haji Wada'. sampai ketika ajal menjemput beliau.


Selain itu, masih banyak lagi nama tempat, kaum dan berbagai kejadian penting lainnya yang disebut dalam Al-Quran, yang oleh penulis ini dijelaskan secara gamblang.



Semua pembahasan dalam buku ini juga disertai peta dan foto guna memperjelas sekaligus membuktikan bahawa sejarah yang disampaikan Al-Quran itu bukan dibuat -buat apalagi direkayasa.



Metode ini sengaja digunakan Dr Syauqi Abu Khalil, penulis buku ini untuk mempermudah para pembaca dalam menemukan letak geografis dari sebuah kejadian sekaligus mengenali nama-nama tempat monumental yang disebutkan di dalam Al-Quran.

Sunday 24 April 2011

Atlas Perjalanan Hidup Nabi Muhammad



Buku ni first time aku tgk kat Airport KB.. Belek2 memang menarik sangat tapi aku rasa harga dia agak mahal.. Bila laamaaaaaaaaaaaaaaa dan aku masih dok teringat2 buku tu , aku start google nak carik online.. Alhamdulillah akhirnya aku dapat jugak la beli... Aku suker sangat ngan buku ni.

SINOPSIS:

Buku ini akan membawa kita menyusuri setiap peristiwa pada zaman Nabi Muhammad dalam gambaran yang lebih dekat pada kebenaran. Sebab , buku ini dilengkapi dengan foto, peta dan berbagai ilustrasi lainnya. Melalui buku ini, anda dapat mengetahui berbagai peristiwa yang terjadi pada zaman Nabi Muhammad, bahkan anda bisa merasa begitu dekat dan langsung menyaksikan bagaimana peristiwa-peristiwa berikut ini terjadi:


  • Bagaimana Nabi Muhammad bisa lolos dari kepungan pemuda berbagai kabilah yang ingin membunuhnya.

  • Bagaimana Nabi Muhammad mengajarkan ayat-ayat al-Quran kepada bangsa Jin Nasihin.

  • Bagaimana strategi politik Nabi Muhammad mengambil langkah "mengalah untuk " dalam Perjanjian Hudaibiyah.

  • Bagaimana rute perjalanan hijrah Nabi Muhammad dan kaum muslimin.

  • Bagaimana formasi 313 pasukan Badar hingga bisa mengalahkan hampir seribu kaum Quraisy.

  • Bagaimana Nabi Muhammad memosisikan pasukan panah dalam Perang Uhud hingga mampu memukul mundur tentera musuh meskipun akhirnya harus diuji dengan kekalahan.

  • Bagaimana panglima Quraisy yang paling ditakuti dalam Perang Uhud kemudian bisa menjadi pengikut setia Nabi Muhammad.

  • Bagaimana Nabi Muhammad turut serta bahu-membahu bersama umatnya menggali parit dalam Perang Khandaq.

  • Seperti apa isi Piagam Madinah yang cukup popular itu.

  • Bagaimana Nabi Muhammad mampu memimpin lebih dari 100,000 kaum muslimin untuk melaksanakan ibadah haji yang pertama dalam sejarah Islam.

Selain itu, ada beberapa hal yang tidak kalah menarik, antara lain:



  • Bukti ilmiah bahawa Mekah al-Mukaramah berada di pusat bumi.

  • Kota-kota yang menjadi pusat peradaban pada zaman Nabi Muhammad.

  • Sejarah pembangunan Kaabah, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi disertai foto-foto dan ilustrasi.

  • Praktik-praktik keagamaan pada masa jahiliah.

  • Peta penyerangan Abrahah untuk menghancurkan Kaabah.

  • Sejarah kelahiran dan pengasuhan Nabi Muhammad.

  • Peta perjalanan dagang Nabi Muhammad ke Bushra sebelum masa kenabian.

  • Sejarah diutusnya Nabi Muhammad hingga hijrah beliau.

  • Dua puluh delapan peperangan yang langsung dikomandani Nabi Muhammad dan beberapa ekspedisi militer lainnya.

Semoga isi buku ini bermanfaat bagi kita semua. AMIN...

Saturday 23 April 2011

Bunga

Ni la first time aku dapat bunga dari anak aku. . Sempena Mother's Day... Jauh lagi tu padehal. Takpe, hargai apa yg dia bagi. Ikut hati rasa nak marah pasal membazir duit beli benda2 ngarut camni, tapi tgk muke dia yg excited nak bagi bunga kat aku rasa tak patut la aku marah. So, thank you kan je la



Pureen Warehouse sales..

Aku shopping mcm ada anak sedozen...



padehal utk 3 org je...




Tak larat nak beli sabun mandi dah.. Cepat sangat habis nya...

Friday 8 April 2011

S.H.O.P.P.I.N.G

Macam tak berpijak di bumi yg nyata je aku shopping kali ni. Dah lama pun tak pegi JCard Member's Day ni.Kali ni aku tunggu gate Jusco Equine bukak, tapi aku bukan le orang yg first in the q.. Niat di hati yg paling utama nak beli kasut keje je.. Sekali kasut saje pun sampai 4 pasang aku cekau. Tu belum benda2 lain. hik hik.. Best ..best.... Sedar tak sedar habis licin Bonus 200 Euro aku br dapat tu..

Tak pe lah.. semoga dimurahkan lagi rezeki aku.. Amin

Saturday 2 April 2011

Akademi Fantasia?

Berbaloi ke tgk AF ni eh? aku jarang follow AF tapi tahun ni rasa nak tgk lak. Tapi ni dok layan Tirai AF9 ni rasa tak menarik lak aku nak follow... Tapi bila Amy Search di announced as Pengetua, aku rasa menarik balik. Bukan apa, aku rasa macam ada azam baru je lepas dapat baby ni .. Sebab aku dah rasa nak start plan utk diri sendiri lak pasal nye aku hopefully baby ni anak bongsu aku.
Ntah le kan umur ni dah masuk 35 tahun ni. Tapi still dok rasa jauh dari Dia. Apa yg ada dalam diri as bekalan nak jumpa Dia nanti kan? Aku dok pasang cita2 nak baca isi tafsir per kata yg aku beli last year as starting. Korang tak de rasa ke nak tau apa isi kandungan Quran pegangan hidup kita ni? Nak jadik 'a-Hafizah' rasanya jauh api dari panggang dah.. cume yg mampu aku buat baca tafsir. Tu la cita2 aku yg paling top s'rang ni.
So , aku ingat kalo aku dok layan AF ni aku rasa cam buang karan lak. Dahle aku terlayan Mentor jugak. Maklumla dok dalam pantang, apa leh buat lagi..
Pastu ada lagi la cita2 aku yg lain.. Insyallah aku nak buat satu per satu... Lagi satu yg aku geram ngan F.A.C.E.B.O.O.K.. Camne tak nak bagi ketagih sangat ngan mende ni.. Asal bukak iPhone, pc ke mesti FB dulu.. Setan betul la.. Kalo la aku boleh bukak Quran ke dalam iPhone tu kan bagus. Sekali bukak phone, baca 1 ayat dapat gak pahala.. Sendiri mau ingat la kan..
Tak boleh jadik ni..Jom kekawan kita sama2 cube berhijrah.. S'rang ni dah makin byk bencana melanda planet kita ni. Takut aku.. Tapi benda2 gini la yg lebih mengingatkan kita kat Dia. Mungkin ni cara Dia nak gerak kita dari mimpi kita, kan?

Friday 1 April 2011

What's in my mind.

Aku tgh confuse ni.. Aku rasa aku nak continue cuti bersalin lagi sebulan. Laki aku dah approve tapi bile aku pk kan keje aku kat ofis tu, aku rasa aku tak mampu nak sambung cuti. Cuti bulan ke-3 ni sbnrnya unpaid leave. Tu tak kesah la tapi yg aku kesahnye Goal/KPI aku tahun ni. By the time aku masuk keje dah bulan 5.. dah tak byk masa nk kejar tu.. So, patutkah aku cuti atau keje je? Lagi seminggu je ni.. Nak kena decide cepat2 ni.. PROS

  1. Aku blh concentrate lebih lagi utk breastfeeding

  2. Blh aku tambah lagi stock EBM aku

  3. Blh aku spend time lagi lama ngan anak2 aku

  4. Blh aku start dan siapkan projek online aku.

  5. Blh aku layan sinetron lagi lama. hihihih Kejora dan Bintang dengan Sejuta Cinta Marshanda

  6. Blh aku bermalas-malasan lagi

CONS



  1. KPI bakal tak achieve

  2. Keje ofis lagi byk tertangguh

  3. Tak dapat gaji sebulan

  4. Kesian kat Rozian kena backup lagi sebulan

So, camne? keje ke cuti ke

Shopping

Aku dok browse shoppingnsales..alahai byknye sales yg menarik tapi yg aku paling teringin nak pegi...'Anakku' pasalnye Hannah punye baju dah kecik2.. Sib baik laki aku blh ikut kali ni..Kalo dia tak leh ikut mmg aku tak leh gi ... Hasil dia ni haaa.. utk 4 beradik
Sakan leh tahan..

Ni first time aku pegi sale Anakku ni. Tapi aku tak paham, aku tgk bkn anakku je.. Byk gak lagi brand lain yg sale.. Ada yg up to 80%. Berbaloi. Awalnye aku nak beli baju2 Mickey Minnie pasal anak dara aku tu peminat.. Tapi takde size. Byk yg baby , 1 tahun, 2 tahun je. So, sambar je la brand2 lain. Apa aku kessah, janji berbaloi wang ringgit.


Pasni aku aim nak pergi Pureen Warehouse lak.. Nak kena shopping toiletries, botol susu, etc.. Baju2 takmo pandang dah.. Dah cukup.

Baby Harraz

Dalam pantang takde mende aku nk buat.. Ni sikit2 gmbr baby Harraz. Ada gak gmbr yg dah kene delete ngan Hannah. Tension aku...




Tuesday 22 March 2011

Day 40

Last day of pantang.. Bestnya... First phase nak hbs dah...



  1. Timer kasih kat laling aku atas segala2nya. Bawak gi checkup, standby nak beranak, being there masa dalam labour room, dan sumer2nya..

  2. Sepanjang aku dalam pantang ni mama aku datang dari KB sebulan jaga aku... Timer kasih bebanyak bonda.. "Terima kasih Ibu"..dan timer kasih ayahanda aku pasal dah bagi green light kat bonda aku dok KL jaga aku, dia dok sorang2 kat KB.

  3. Timer kasih gak kat mak mertua aku pasal sepanjang aku berpantang utk sumer anak, sumer dia yg jaga seminggu pertama. Dan dah buat kenduri marhaban utk baby Harraz. Dan dah susah payah carikkan tukang urut, rebus air daun2, masak dan lainlain utk aku..

  4. Timer kasih gak kat sumer yg datang melawat baby..

  5. Timer kasih kat adik beradik yg tolong jadik kaki aku belikan barang2 dapur aku.

  6. Timer kasih gak kat K.Zie yg dah urut tungku aku ngan baby tiap2 minggu sampai aku habis pantang

Saturday 19 March 2011

Laling's birthday


HAppy BirthDaY lAliNG aKU...


Sorry la laling.. nothing special for this year.

Terkebetulan kawan2 cakap nak datang tgk baby, so aku mintak mama buat makaroni goreng je + b'day kek..

Alamak tak rotate la pulak gambar ni.. Top view


Front view.. Sama mcm design. Congrats and Thanks Zura... Good job!!



Laling... laling... Hadiah kira postpone la eh?

Friday 18 March 2011

Apa nak buat eh utk b'day Laling??

Aku tak tau nak celebrate apa ngan laling aku pasal aku dok dalam pantang..


  • Kek? AKu dah order ngan Zura, The Baking Lover pasal dia setuju nak htr ke rumah. Design? AKu nak berkonsepkan motor. Aku bagi design aku sendiri kat Zura.

Suspense gak aku nk tgk kek nanti tapi aku percaya kat . Mesti jadi nye..




  • Hadiah? Aku nak carik something online tapi tak jumpe sampai ke sudah.. Sudahnye aku mintak tolong Myna carikkan hadiah... sebab kebetulan dia nak dtg tgk baby on the day tu. Kebetulan weekend so sumer lak kata nak dtg..


  • Food? Nak order Pizza Hut utk dinner dgn sumer adik beradik sambil celebrate.


  • Outing ?Nak outing camno la aku dalam pantang. Tapi dia dah keluar pegi movie ngan anak2. Iman yg belanja.

Friday 11 February 2011

B.A.B.Y


Aku nak citer pasal pengalaman aku deliver anak ke-4.

Masa aku preknen kali ni aku sakit pinggang yg amat rasanya.. Nak bgn dari duduk, dari tido.. Tuhan saja la yg tahu sakitnya. Contraction pulak dari 7 bln ada. Sampai aku pun salu je risau camne nak beza contraction betul2 dgn false alarm.

Ni first time aku beranak kat spital lain. Yang lain sumer kat HUKM , kali ni kat DEMC ngan Dr Mazita. Masa week 38 dr dah kasik aku MC sebab sakit pinggang aku.. Tapi baru 3 hari aku MC dah selamat...

Citer dia camni:


Masa pagi 11-Feb tu aku dah rasa sakit lebih dari biasa tapi aku tahankan je.. Bertahan pegi Pasar Tani, nak beli stok lauk-pauk. Mana tau buatnya nak terberanak, susah pulak nak gi beli lauknye.. Sampai ptgnya aku ada few times bgtau laling aku pasal sakit aku ni.. Tapi aku malas nk pegi hospital pasal takut lom time. So, aku set ngan dia nak pegi umah MIL lepas dia balik ambik bdk2 ptgnya tu. Bila dah janji camtu, aku pun pack la brg2 keperluan letak kat tepi pintu. Siap dengan rice cooker + lauk yg aku masak, konon nak g dinner umah MIL terus. Tapi kan, bila laling aku sampai umah rasa malas lak nak kuar. So, kata putusnya "esok je la kita pegi umah mak lepas htr Iman sekolah."


Mlm tu lepak layan drama "Ungunya Cinta". Dalam masa tu aku dok tahan contraction yg tak berapa sakit tapi gap dia makin cepat. Dah tu kul 10.55 camtu aku ajak laki aku htr bdk2 umah MIL. Ingatkan nak tunggu drama habis tapi rasa cuak lak pasal gap dah 15 minit dah. Time tu jugak kitorang bgn siap2 masuk kete, pecut gi Sg Besi. Sampai sana ard 11.40, Hannah pulak takmo berenggang ngan aku.. Aku terpaksala tido kan dia dulu.. Masa tu contraction 10 minit dah. Bila dia lena je aku terus pecut gi spital nun kat Shah Alam plk. Sampai around 12.40 am.


Ada pulak citer lawaknye..


Sampai kat ER, pak guard sorong aku ke dalam.. Dia pass aku ke sorang lagi mamat.. Mamat tu sorong le aku ke katil ER. Nurse dtg nak check... tanye la aku soalan2 yg takde kaitan dengan aku nak beranak.. " Dah brp hr sakit? " , "Ada gatsrik ke?".. AKu jawab je, tapi dlm hati aku pelik la jugak.. Last2 aku cakap la, "saya nak beranak ni." sumer yg kat situ 3 org terkejut.. "Haaa salah tempat. Cepat htr tingkat 2" hihih.. Aku dah le tak sakit mana so muke pun cool jek la.



Bila sampai kat labour room, macam biasa la diorang pakaikan alat2 nak check macam2 tu la. First time check 5 cm. Aku dok sedut gas je sampai ngantuk..Nurse cakap kalo ada air selusuh ke, sila la minum. aku air selusuh takde, tapi mmg aku dah bawak bekal air zam2.. Kejap tu check lagi dah 7 cm.. Nurse tu cakap kat laling aku "express ni.." Kejap tu aku jerit.. " aaa.. baby dah nak keluar!!" weehh tapi dr lom sampai lagi.. Seksa tul kena tunggu dr.. Alhamdulillah w'pun sebenarnya dr tak le lambat sangat sampai tapi aku rasa macam berjam je time tu.. Aku blh tanya "Mana dr ni?" Yang laling aku tu lak blh jawab "kejap kejap dr tgh parking". AKu rasa nak marah tim2 tu gak.. "mana plk ko tau dr tgh parking ?Ko pun dari tadi dok sblh aku.."

Syukur kul 1.34 am, baby aku yg ke-4 selamat lahir.. 2.81 kg..



Irrsyad Harraz b. Azrui Nizam



Monday 3 January 2011

Iman's first day @ SK

Alhamdulillah masuk tahun baru...

  1. Iman Hakimy dah jejak kaki ke sekolah betul dah.. Ramai jgk la kawan2 dia dari Genius Aulad yg dapat masuk sekolah sama, w'pun kelas lain2... Masalah nak tinggalkan dia kat sekolah mmg takde pasal dia dah biasa...

  2. Izzryl pulak pun aku dah tukarkan kindy gak.. Masuk ke English medium Islamic kindy. Hopefully dia sejuk sikit... Dia pun sama gak, takde masalah aku nak tinggalkan. Jadinya, aku penat le sikit kena angkut pagi ngan ptg ke 3 tempat.. 5.30pm tu mmg kena balik la jawab dia.