Friday 11 February 2011

B.A.B.Y


Aku nak citer pasal pengalaman aku deliver anak ke-4.

Masa aku preknen kali ni aku sakit pinggang yg amat rasanya.. Nak bgn dari duduk, dari tido.. Tuhan saja la yg tahu sakitnya. Contraction pulak dari 7 bln ada. Sampai aku pun salu je risau camne nak beza contraction betul2 dgn false alarm.

Ni first time aku beranak kat spital lain. Yang lain sumer kat HUKM , kali ni kat DEMC ngan Dr Mazita. Masa week 38 dr dah kasik aku MC sebab sakit pinggang aku.. Tapi baru 3 hari aku MC dah selamat...

Citer dia camni:


Masa pagi 11-Feb tu aku dah rasa sakit lebih dari biasa tapi aku tahankan je.. Bertahan pegi Pasar Tani, nak beli stok lauk-pauk. Mana tau buatnya nak terberanak, susah pulak nak gi beli lauknye.. Sampai ptgnya aku ada few times bgtau laling aku pasal sakit aku ni.. Tapi aku malas nk pegi hospital pasal takut lom time. So, aku set ngan dia nak pegi umah MIL lepas dia balik ambik bdk2 ptgnya tu. Bila dah janji camtu, aku pun pack la brg2 keperluan letak kat tepi pintu. Siap dengan rice cooker + lauk yg aku masak, konon nak g dinner umah MIL terus. Tapi kan, bila laling aku sampai umah rasa malas lak nak kuar. So, kata putusnya "esok je la kita pegi umah mak lepas htr Iman sekolah."


Mlm tu lepak layan drama "Ungunya Cinta". Dalam masa tu aku dok tahan contraction yg tak berapa sakit tapi gap dia makin cepat. Dah tu kul 10.55 camtu aku ajak laki aku htr bdk2 umah MIL. Ingatkan nak tunggu drama habis tapi rasa cuak lak pasal gap dah 15 minit dah. Time tu jugak kitorang bgn siap2 masuk kete, pecut gi Sg Besi. Sampai sana ard 11.40, Hannah pulak takmo berenggang ngan aku.. Aku terpaksala tido kan dia dulu.. Masa tu contraction 10 minit dah. Bila dia lena je aku terus pecut gi spital nun kat Shah Alam plk. Sampai around 12.40 am.


Ada pulak citer lawaknye..


Sampai kat ER, pak guard sorong aku ke dalam.. Dia pass aku ke sorang lagi mamat.. Mamat tu sorong le aku ke katil ER. Nurse dtg nak check... tanye la aku soalan2 yg takde kaitan dengan aku nak beranak.. " Dah brp hr sakit? " , "Ada gatsrik ke?".. AKu jawab je, tapi dlm hati aku pelik la jugak.. Last2 aku cakap la, "saya nak beranak ni." sumer yg kat situ 3 org terkejut.. "Haaa salah tempat. Cepat htr tingkat 2" hihih.. Aku dah le tak sakit mana so muke pun cool jek la.



Bila sampai kat labour room, macam biasa la diorang pakaikan alat2 nak check macam2 tu la. First time check 5 cm. Aku dok sedut gas je sampai ngantuk..Nurse cakap kalo ada air selusuh ke, sila la minum. aku air selusuh takde, tapi mmg aku dah bawak bekal air zam2.. Kejap tu check lagi dah 7 cm.. Nurse tu cakap kat laling aku "express ni.." Kejap tu aku jerit.. " aaa.. baby dah nak keluar!!" weehh tapi dr lom sampai lagi.. Seksa tul kena tunggu dr.. Alhamdulillah w'pun sebenarnya dr tak le lambat sangat sampai tapi aku rasa macam berjam je time tu.. Aku blh tanya "Mana dr ni?" Yang laling aku tu lak blh jawab "kejap kejap dr tgh parking". AKu rasa nak marah tim2 tu gak.. "mana plk ko tau dr tgh parking ?Ko pun dari tadi dok sblh aku.."

Syukur kul 1.34 am, baby aku yg ke-4 selamat lahir.. 2.81 kg..



Irrsyad Harraz b. Azrui Nizam



No comments: