Tuesday, 4 May 2010

Day 5 & 6

  Bumbung Masjidil Haram  

Day 5 : Wat hal sendiri

Day 6

Birthday Izzryl. Dah 4 tahun dah dia. Claim kek ngan aku masa aku call. Hmmm ni nak kena order kek DoD ni balik nanti. Sekali kan ngan Iman. Cut cost.

Hari ni ziarah pegi minum susu Unta fresh. Rasa dia macam processed milk yg kita salu pegi kat supermarket tu je sebijik . Tapi sebab minum depan unta, aku jadik tak leh berapa nak telan.. dok imagine unta gak.. Diorang perah2 unta terus transfer masuk besen dan tuang dalam botol jual kat kita.

 

Ladang unta.. tu susu unte kat tgn.. tak leh minum, kesian kat unta

 Pastu pegi Masjid Hudaibiyah 

Khusyuk aku dok dgr Ust Afandi bg peneranga

dan last sekali pegi Muzium Mekah. Susah nak masuk muzium dia ni.. Pihak diorang limitkan masa 20 minit je utk 1 group. Itu pun kena apply visa dulu tak silap aku la. So, memang tak leh membazir masa kat dalam.

  Main entrance

Replika Makam Nabi Ibrahim

 Quran tak de nokhtah

Muzium dia kecik jek, cume ada cerita hal yg berkaitan ngan Masjidil Haram, Masjid Nabawi ngan Kaabah.

Kaabah suatu ketika dahulu

Saturday, 1 May 2010

Day 3 & 4

Depan Hotel 

Day 3 : Buat agenda sendiri.

 Tanah Haram's expanding

Shopping perfume

Shopping jubah

Subhanallah.. Masjidil Haram yang memang amat lawa

Day 4

Jabal Thur.. tempat Rasulullah s.a.w bersembunyi selama 3 hari dalam perjalanan ke Madinah

Pegi ziarah ke Jabal Thur, tgk dari bawah jek. Pastu pegi Muzdalifah, Mina, Jamratul. Sumer ni lalu je..tak turun pun tapi at least dah dah bayangan la camna tempat2 ni masa haji.Kalo tak , tak leh nk imagine la camne kemah kat Mina, tempat melontar camne. . Dan kitorang dibawak gak pegi Jabal Rahmah. Last sekali pegi Masjid Jaranah.

di Jabal Rahmah : tempat pertemuan kembali Nabi Adam a.s dan Hawa


Friday, 30 April 2010

Day 2

Kat depan hotel aku memang tumpuan orang ramai. Ramai org2 Afrika yg ambik peluang jual memacam barang kat sini.. Memang meriah.. 

Ini sementara tengah gather nak ke  Masjid Tanaim…. Orang sentiasa ramai.. 

Masjid Tanaim. Ramai orang datang sini utk berniat ihram pasal dia adalah miqat yg paling dekat dengan Tanah Haram
Expanding Masjidil Haram

Nak citer pasal semayang Jumaat. Ni la first time aku pegi masjid masa org semayang Jumaat. Mane la aku tahu pompuan pun semayang jumaat gak. Maka aku pun niat le semayang zuhur. Aik tapi bila rakaat ke 2 dah salam… Kompom dah aku salah semayang ni. Rupenya pompuan pun ikut semayang jumaat gak. Hehhee… A lesson to learn.

Still jet lag. Magrib dah tersengguk2..Iye la kan, magrib kat Mekah sama ngan kul 12 kat Mesia .

Depan main entrance. Bab King Abdul Aziz

Thursday, 29 April 2010

Day 1

Before aku start, aku nak story sikit pasal group aku. Kitorang ada 2 bas tapi actual figure aku tak tahu brp org dan ada 2 mutawwif : Ust Afandi ngan Ust Arfan. Belum sempat lagi la aku nak berkenalan ngan diorang pasal Day 1 pun aku tak byk kuar bilik.


Masjidil Haram dari bilik aku

Dalam itinery memang dah siang2 cakap hari ni “buat hal sendiri”. Memang patut la, pasal memang penat pun. Aku ni sebab excited sangat pepagi tu tak rasa le ngantuk penat lagi, Masuk magrib memang outt….Tersengguk2

Jalan2 petang : aku memang kagum dengan kecantikan Masjidil Haram. Masjid tercantik bagi aku..


Wednesday, 28 April 2010

Tibalah harinya

Tiba harinya aku nak berangkat. Awal2 pagi dah keluar rumah siap2, maca nak gi keje.. pasalnya ada lg urusan2 yg belum setel. pegi Bangi, pegi bank, tukar duit, hantar anak umah MIL. Bersiap sumer2 kitorang buat kat umah MIL. Lepas lunch, member tolong htr ke KLIA. Kena gather kat KLIA kul 12. cabaran pertama aku... aku kembung perut, asyik nak terk**t** jek.. susah tu nak jaga wudhu. 
Muke orang tak sabar nak naik flight

8 jam journey.Flight depart kul 3.30 pm. sampai la Jeddah ard 7pm time dia. Kalau M'sia tambah 5 jam, meaning kul 12.00 am. Setelkan segala urusan airport , ard 9pm bertolak ke Mekah. Sampai jek Mekah terus buat Umrah pasal dah niat atas flight td. Tapi tak rasa penatnye w'pun dah almost 24 hours tido tak tido jek. Mungkin gak pasal aku excited.

Tuesday, 27 April 2010

Impian aku sekian lama

Sekian lama aku pendam rasa nak buat Umrah. Alhamdulillah tahun ni tanpa perancangan awal, aku dan hubby tiba2 putuskan nak berangkat bersama2 ke sana ke Mekah. Syahdu gak bile dia sanggup bawak aku tahun ni.

Sebulan jek aku ambik masa nak belajar buat Umrah ni (lama k ok eh?) Baca buku maca mnak ambik xm.. Pasal register pun dah lewat . Ye la macam aku kata, tak plan. tapi bila nawaitu dah ada, alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan sampai ke hari aku berangkat.

Anak2 aku tinggalkan umah MIL aku.

Malam ni MIL aku buat baca yasin, doa selamat sikit utk kitorang.. Panggil jiran2 dekat jek. Aku lak cuti dah takde, so mmg tak dapat la nak nolong sangat. Dah tu lepas kenduri terpaksa tinggal tak tolong sebab aku pun lom habis packing brg2 kat umah. Memang le terasa sangat bersalah tapi no choice la.

Wednesday, 3 March 2010

Anak sedara baru

Congrats to my sis and hubby.. for the newly born Khaira Falisha... eh betul ke spelling ni...