Friday, 11 February 2011

B.A.B.Y


Aku nak citer pasal pengalaman aku deliver anak ke-4.

Masa aku preknen kali ni aku sakit pinggang yg amat rasanya.. Nak bgn dari duduk, dari tido.. Tuhan saja la yg tahu sakitnya. Contraction pulak dari 7 bln ada. Sampai aku pun salu je risau camne nak beza contraction betul2 dgn false alarm.

Ni first time aku beranak kat spital lain. Yang lain sumer kat HUKM , kali ni kat DEMC ngan Dr Mazita. Masa week 38 dr dah kasik aku MC sebab sakit pinggang aku.. Tapi baru 3 hari aku MC dah selamat...

Citer dia camni:


Masa pagi 11-Feb tu aku dah rasa sakit lebih dari biasa tapi aku tahankan je.. Bertahan pegi Pasar Tani, nak beli stok lauk-pauk. Mana tau buatnya nak terberanak, susah pulak nak gi beli lauknye.. Sampai ptgnya aku ada few times bgtau laling aku pasal sakit aku ni.. Tapi aku malas nk pegi hospital pasal takut lom time. So, aku set ngan dia nak pegi umah MIL lepas dia balik ambik bdk2 ptgnya tu. Bila dah janji camtu, aku pun pack la brg2 keperluan letak kat tepi pintu. Siap dengan rice cooker + lauk yg aku masak, konon nak g dinner umah MIL terus. Tapi kan, bila laling aku sampai umah rasa malas lak nak kuar. So, kata putusnya "esok je la kita pegi umah mak lepas htr Iman sekolah."


Mlm tu lepak layan drama "Ungunya Cinta". Dalam masa tu aku dok tahan contraction yg tak berapa sakit tapi gap dia makin cepat. Dah tu kul 10.55 camtu aku ajak laki aku htr bdk2 umah MIL. Ingatkan nak tunggu drama habis tapi rasa cuak lak pasal gap dah 15 minit dah. Time tu jugak kitorang bgn siap2 masuk kete, pecut gi Sg Besi. Sampai sana ard 11.40, Hannah pulak takmo berenggang ngan aku.. Aku terpaksala tido kan dia dulu.. Masa tu contraction 10 minit dah. Bila dia lena je aku terus pecut gi spital nun kat Shah Alam plk. Sampai around 12.40 am.


Ada pulak citer lawaknye..


Sampai kat ER, pak guard sorong aku ke dalam.. Dia pass aku ke sorang lagi mamat.. Mamat tu sorong le aku ke katil ER. Nurse dtg nak check... tanye la aku soalan2 yg takde kaitan dengan aku nak beranak.. " Dah brp hr sakit? " , "Ada gatsrik ke?".. AKu jawab je, tapi dlm hati aku pelik la jugak.. Last2 aku cakap la, "saya nak beranak ni." sumer yg kat situ 3 org terkejut.. "Haaa salah tempat. Cepat htr tingkat 2" hihih.. Aku dah le tak sakit mana so muke pun cool jek la.



Bila sampai kat labour room, macam biasa la diorang pakaikan alat2 nak check macam2 tu la. First time check 5 cm. Aku dok sedut gas je sampai ngantuk..Nurse cakap kalo ada air selusuh ke, sila la minum. aku air selusuh takde, tapi mmg aku dah bawak bekal air zam2.. Kejap tu check lagi dah 7 cm.. Nurse tu cakap kat laling aku "express ni.." Kejap tu aku jerit.. " aaa.. baby dah nak keluar!!" weehh tapi dr lom sampai lagi.. Seksa tul kena tunggu dr.. Alhamdulillah w'pun sebenarnya dr tak le lambat sangat sampai tapi aku rasa macam berjam je time tu.. Aku blh tanya "Mana dr ni?" Yang laling aku tu lak blh jawab "kejap kejap dr tgh parking". AKu rasa nak marah tim2 tu gak.. "mana plk ko tau dr tgh parking ?Ko pun dari tadi dok sblh aku.."

Syukur kul 1.34 am, baby aku yg ke-4 selamat lahir.. 2.81 kg..



Irrsyad Harraz b. Azrui Nizam



Monday, 3 January 2011

Iman's first day @ SK

Alhamdulillah masuk tahun baru...

  1. Iman Hakimy dah jejak kaki ke sekolah betul dah.. Ramai jgk la kawan2 dia dari Genius Aulad yg dapat masuk sekolah sama, w'pun kelas lain2... Masalah nak tinggalkan dia kat sekolah mmg takde pasal dia dah biasa...

  2. Izzryl pulak pun aku dah tukarkan kindy gak.. Masuk ke English medium Islamic kindy. Hopefully dia sejuk sikit... Dia pun sama gak, takde masalah aku nak tinggalkan. Jadinya, aku penat le sikit kena angkut pagi ngan ptg ke 3 tempat.. 5.30pm tu mmg kena balik la jawab dia.

Friday, 26 November 2010

Speech that made me wanna sobbb...

A small note from the teachers on graduation day

by Genius Aulad on Thursday, November 25, 2010



Dear children,We are going to miss you very dearly. Miss your shouting, screaming, laughter and tantrums. Do always remember how your teachers hug you everyday at the end of school hour. We are part of your family too and will always doa the best and barakah for your life. Always remember the rukun Iman and rukun Islam that you have learned , no matter where you are, now matter how old you are.Till then, have a wonderful school life with new friends and new teachers in Primary school. Take care, always.Wassalamualaikum wbt.Yours truly,Teachers of Genius Aulad.25 November 2010

Thursday, 25 November 2010

Graduation Day



It has been 2 years Iman Hakimy masuk kindy rupanya. Cepatnya rasa.. Hari ni dia punye graduation day... Buat pulak kat Masjid Wilayah.. So aku ada 2 citer nak diblogkan kali ni

Masjid Wilayah:
Salah satu tempat kat Mesia ni yg memang aku nak pegi sesangat. Kalau tak de apa2 event, mesti aku tak sampai2 lagi. Pesal ntah aku minat sangat dengan masjid ni. Sempat la semayang Zuhur kat sini tapi terlepas nak jemaah pasal lmbt 3 saat je, pak Imam dah bagi salam.. Frust gak tapi tak pe lah. Masa semayang kat sini, aku teringat lak kat Masjidil Haram. Masa dok jalan2 dalam masjid pun aku teringat gak masa aku dok explore Masjidil Haram.. Rindu kat Masjidil Haram..

Graduation lak:
Aku sedih sehhh hari ni ... Sedih bila tgk teachers yg aku kenal2 dari jauh tu.. dari citer2 Iman, dari tgk pencapaian Iman, tgk muka2 yg tak pernah lekang dengan senyuman kat budak2 tu. Camne la nnt cikgu2 masuk bila dah SK. Masa time speech aku leh tahan air mata lagi tapi masa first batch keluar pakai jubah dengan background selawat Nabi, dengan lampu malapnye.. memang aku dah hujan dah. Ni baru grad tadika ni... camno la...

Bila habis sumer, aku keluar gi ambik Iman kat luar.. Hugs and kisses la teachers yg aku biasa2 tu... HAishhh la sib baik tak hujan lagi sekali.

Iman ni kalo kat sekolah org panggil dia 'Che Abang' pasal teachers kata dia mcm brotherly sikit.. hihhi maklumla kan , anak sulong. Lagi pun dia ni memang jenis ringan tulang even kat umah pun. Tapi sebenarnya dia mcm tak suke ngan nama tu.. keh keh..

So, sebagai tanda ingatan to the teachers, aku tolong la 'Che Abang' prepare mini tokens nak bagi esok... Last day of school.. Ni je la yg sempat aku carik balik dari graduation tadi.

Sunday, 21 November 2010

Birthday aku

Nothing interesting.. tak de la celebrate apa2 pun.. Tapi hadiah birthday tu, memang la aku suka sangat2... Thanks to my dearest darling.... terkejut dapat hadiah tu..

Sunday, 7 November 2010

Cuti Deepa...

Cuti yg best dan tak best...

Best sebab :
1. Dapat layan budak2... Jumaat order Pizza Hut... The kids love it.
2. Sabtu : bawak budak pegi Little Caliphs Opening Day... Ada magic show bagai... They had lots of fun kat sana... Balik tghr tu saje aku lepaskan diorang mandi kat luar umah dalam mini pool... Kasik betul2 penat... Malam masak Iman's fav: nasi goreng Pattaya
3. Hari paling stress among 3 hari dengan perangai anak2 ni... However, manage to prepare them nasi lemak yg disukai ramai...

Yang tak best :
Last minute dapat tau En S kena pegi Team Building.. Spoil betul.....

Sunday, 26 September 2010

Dah lama tak update blog

Aishh tak leh tido la pulak.. Tetiba teringat kat blog ni dah lama tak jenguk...

Update sikit lah...

1. Alhamdulillah aku preknen anak ke-4..
2. Tahun ni tahun paling berhemah dalam segala hal.. Alhamdulillah
3. Laki aku kena transfer... really affected us.
4. Dapat anak sedara baru Nik Alya Khai.... (lupa lak nama dia)

Pastu rasanya tak de benda yg menarik..