Ceritera of my kids, family, holiday and other interests.. NO WORK RELATED (STRICTLY PROHIBITED HERE) ...
Tuesday, 11 May 2010
@ Malaysia
Monday, 10 May 2010
Last Day
Sunday, 9 May 2010
Day 11
Saturday, 8 May 2010
Day 10
Friday, 7 May 2010
Day 9
Lepas balik jumpe dia. Terus balik hotel siap2 nak gi masjid utk Semayang Jumaat..heheh… kali ni aku ingat dah pompuan kena semayang Jumaat.. Terus buat tawaf Wida pasal dah nak berangkat ke Madinah.
Sebenarnya masa aku taip ni, aku kat atas bas otw to Madinah. Nak tgk view kat luar tapi silau. Nak tido tak ngantok.. dengan itu aku pun menaip la.
Nasi Mandi kat sini
Sambung balik.. Tadi singgah dinner kat Restoran Yaman. Sodap Nasi Mandi.. Satu dulang makan 5 orang. Lauk ayam ngan ikan dan ulam2.. Aku rasa dalam 5 org, aku la yg mkn paling byk...
Sampai Madinah kul 11 mlm. Dok kat Hotel Durrat Fayroz. Agak jauh dari Masjid Nabawi.
Thursday, 6 May 2010
Day 8
Wednesday, 5 May 2010
Day 7
Malam ziarah Jabal Nur. Bukan setakat ziarah tapi aku labelkan as Ekspedisi Jabal Nur. Ni la visit yg aku paling suker pasal ianya memang mengeratkan silaturrahim. Aku yg memang agak rindu ngan naik2 bukit/gunung ni, memang suker la dapat naik.. Tapi sebenarnya tak dela masalah apa sangat pasal naik tangga. Terdetik memori naik Gn Kinabalu pasal naik tangga. Cume bezanya Jabal Nur ni bukan bukit ada tanah pokok macam tempat kita… Batu semata2. Dan tangga dia pun tak de la sekata macam tangga kat umah kita tu. Jabal Nur ni tinggi gak.. Mengah jugak la nak sampai ke puncak dia. Tapi view memang lawa. Tapi yg paling aku kagum adalah Masjidil Haram dari atas.
Tak puas mata memandang dia punye cahaya dari masjid tu. Lama gak lepak kat atas tgk panorama tu. Pastu baru turun pegi tgk Gua Hira’ . Kecik je gua die. Jemaah lelaki ambik peluang solat kat gua tu…
Ini la gua tempat rasul menerima wahyu yang pertama
Aku tak leh imagine macamne S. Siti Khadijah blh naik ke Gua Hira sebab nak htr mknan untuk Rasul kita, berjalan kaki dari Tanah Haram pastu naik la Jabal tu. Zaman dulu mana ada tangga. Memang kental la jiwa dia. Tinggi tu panjat batu. Pastu kat satu tempat ni ada lak batu yg macam menyekat laluan. Sekali lagi aku terpk camne Rasul boleh terpk nak lalu kot situ.. Tapi beliau kan insan terpilih.. Bile nak masuk kot batu tu, aku teringat gak memori masuk Gua Wang Burmah pasal ada lalu batu sempit2 camtu.
Malam tu kitorang turun ke bawah dah dekat kul 1 baru sampai bawah
Tuesday, 4 May 2010
Day 5 & 6
Day 6
Birthday Izzryl. Dah 4 tahun dah dia. Claim kek ngan aku masa aku call. Hmmm ni nak kena order kek DoD ni balik nanti. Sekali kan ngan Iman. Cut cost.
Hari ni ziarah pegi minum susu Unta fresh. Rasa dia macam processed milk yg kita salu pegi kat supermarket tu je sebijik . Tapi sebab minum depan unta, aku jadik tak leh berapa nak telan.. dok imagine unta gak.. Diorang perah2 unta terus transfer masuk besen dan tuang dalam botol jual kat kita.
Ladang unta.. tu susu unte kat tgn.. tak leh minum, kesian kat unta
Pastu pegi Masjid Hudaibiyah
Khusyuk aku dok dgr Ust Afandi bg penerangan
dan last sekali pegi Muzium Mekah. Susah nak masuk muzium dia ni.. Pihak diorang limitkan masa 20 minit je utk 1 group. Itu pun kena apply visa dulu tak silap aku la. So, memang tak leh membazir masa kat dalam.
Quran tak de nokhtah
Muzium dia kecik jek, cume ada cerita hal yg berkaitan ngan Masjidil Haram, Masjid Nabawi ngan Kaabah.
Saturday, 1 May 2010
Day 3 & 4
Day 4
di Jabal Rahmah : tempat pertemuan kembali Nabi Adam a.s dan Hawa