Wednesday 5 May 2010

Day 7

Malam ziarah Jabal Nur. Bukan setakat ziarah tapi aku labelkan as Ekspedisi Jabal Nur. Ni la visit yg aku paling suker pasal ianya memang mengeratkan silaturrahim. Aku yg memang agak rindu ngan naik2 bukit/gunung ni, memang suker la dapat naik.. Tapi sebenarnya tak dela masalah apa sangat pasal naik tangga. Terdetik memori naik Gn Kinabalu pasal naik tangga. Cume bezanya Jabal Nur ni bukan bukit ada tanah pokok macam tempat kita… Batu semata2. Dan tangga dia pun tak de la sekata macam tangga kat umah kita tu. Jabal Nur ni tinggi gak.. Mengah jugak la nak sampai ke puncak dia. Tapi view memang lawa. Tapi yg paling aku kagum adalah Masjidil Haram dari atas. 

Subhanallah memang lawa sesangat2 ..

 Tak puas mata memandang dia punye cahaya dari masjid tu. Lama gak lepak kat atas tgk panorama tu. Pastu baru turun pegi tgk Gua Hira’ . Kecik je gua die. Jemaah lelaki ambik peluang solat kat gua tu…

Ini la gua tempat rasul menerima wahyu yang pertama

Aku tak leh imagine macamne S. Siti Khadijah blh naik ke Gua Hira sebab nak htr mknan untuk Rasul kita, berjalan kaki dari Tanah Haram pastu naik la Jabal tu. Zaman dulu mana ada tangga. Memang kental la jiwa dia. Tinggi tu panjat batu. Pastu kat satu tempat ni ada lak batu yg macam menyekat laluan. Sekali lagi aku terpk camne Rasul boleh terpk nak lalu kot situ.. Tapi beliau kan insan terpilih.. Bile nak masuk kot batu tu, aku teringat gak memori masuk Gua Wang Burmah pasal ada lalu batu sempit2 camtu.

Laluan celah batu

Malam tu kitorang turun ke bawah dah dekat kul 1 baru sampai bawah

2 comments:

zunor said...

Minta maaf tanya ye. Betul ke kisah "Siti Khadijah naik ke Gua Hira sebab nak htr mknan untuk Rasul kita, berjalan kaki dari Tanah Haram pastu naik la Jabal tu."
Tak terjumpa pun dalam buku sejarah. Tolong quote rujukan. Yang ada Rasulullah (saw) bawa bekal sendiri. Lagi pun orang nak berkhalwat mencari kebenaran. Tak banyak makan. Kurma & air cukup. Kalau kenyang mudah tidur & tak dapat meditate.