Friday, 26 November 2010

Speech that made me wanna sobbb...

A small note from the teachers on graduation day

by Genius Aulad on Thursday, November 25, 2010



Dear children,We are going to miss you very dearly. Miss your shouting, screaming, laughter and tantrums. Do always remember how your teachers hug you everyday at the end of school hour. We are part of your family too and will always doa the best and barakah for your life. Always remember the rukun Iman and rukun Islam that you have learned , no matter where you are, now matter how old you are.Till then, have a wonderful school life with new friends and new teachers in Primary school. Take care, always.Wassalamualaikum wbt.Yours truly,Teachers of Genius Aulad.25 November 2010

Thursday, 25 November 2010

Graduation Day



It has been 2 years Iman Hakimy masuk kindy rupanya. Cepatnya rasa.. Hari ni dia punye graduation day... Buat pulak kat Masjid Wilayah.. So aku ada 2 citer nak diblogkan kali ni

Masjid Wilayah:
Salah satu tempat kat Mesia ni yg memang aku nak pegi sesangat. Kalau tak de apa2 event, mesti aku tak sampai2 lagi. Pesal ntah aku minat sangat dengan masjid ni. Sempat la semayang Zuhur kat sini tapi terlepas nak jemaah pasal lmbt 3 saat je, pak Imam dah bagi salam.. Frust gak tapi tak pe lah. Masa semayang kat sini, aku teringat lak kat Masjidil Haram. Masa dok jalan2 dalam masjid pun aku teringat gak masa aku dok explore Masjidil Haram.. Rindu kat Masjidil Haram..

Graduation lak:
Aku sedih sehhh hari ni ... Sedih bila tgk teachers yg aku kenal2 dari jauh tu.. dari citer2 Iman, dari tgk pencapaian Iman, tgk muka2 yg tak pernah lekang dengan senyuman kat budak2 tu. Camne la nnt cikgu2 masuk bila dah SK. Masa time speech aku leh tahan air mata lagi tapi masa first batch keluar pakai jubah dengan background selawat Nabi, dengan lampu malapnye.. memang aku dah hujan dah. Ni baru grad tadika ni... camno la...

Bila habis sumer, aku keluar gi ambik Iman kat luar.. Hugs and kisses la teachers yg aku biasa2 tu... HAishhh la sib baik tak hujan lagi sekali.

Iman ni kalo kat sekolah org panggil dia 'Che Abang' pasal teachers kata dia mcm brotherly sikit.. hihhi maklumla kan , anak sulong. Lagi pun dia ni memang jenis ringan tulang even kat umah pun. Tapi sebenarnya dia mcm tak suke ngan nama tu.. keh keh..

So, sebagai tanda ingatan to the teachers, aku tolong la 'Che Abang' prepare mini tokens nak bagi esok... Last day of school.. Ni je la yg sempat aku carik balik dari graduation tadi.

Sunday, 21 November 2010

Birthday aku

Nothing interesting.. tak de la celebrate apa2 pun.. Tapi hadiah birthday tu, memang la aku suka sangat2... Thanks to my dearest darling.... terkejut dapat hadiah tu..

Sunday, 7 November 2010

Cuti Deepa...

Cuti yg best dan tak best...

Best sebab :
1. Dapat layan budak2... Jumaat order Pizza Hut... The kids love it.
2. Sabtu : bawak budak pegi Little Caliphs Opening Day... Ada magic show bagai... They had lots of fun kat sana... Balik tghr tu saje aku lepaskan diorang mandi kat luar umah dalam mini pool... Kasik betul2 penat... Malam masak Iman's fav: nasi goreng Pattaya
3. Hari paling stress among 3 hari dengan perangai anak2 ni... However, manage to prepare them nasi lemak yg disukai ramai...

Yang tak best :
Last minute dapat tau En S kena pegi Team Building.. Spoil betul.....

Sunday, 26 September 2010

Dah lama tak update blog

Aishh tak leh tido la pulak.. Tetiba teringat kat blog ni dah lama tak jenguk...

Update sikit lah...

1. Alhamdulillah aku preknen anak ke-4..
2. Tahun ni tahun paling berhemah dalam segala hal.. Alhamdulillah
3. Laki aku kena transfer... really affected us.
4. Dapat anak sedara baru Nik Alya Khai.... (lupa lak nama dia)

Pastu rasanya tak de benda yg menarik..

Tuesday, 11 May 2010

@ Malaysia

3 generasi

Maghrib kat Medina Airport

Seramai mungkin yg boleh digather kan

Atas flight diorang bagi seat ikut sesuke hati so aku ngan laki aku dah tersplit. So kitorang suker hati la dok tempat kosong sekali stewardess Arab agak bengang pasal kitorang ramai yg tukar2... At last laki aku cakap baik2 na
k dok ngan wife, baru dia kata ok tapi lepas flight take off dari Riyadh (transit).

Lunch ke breakfast ni ntah. Yang penting kena makan

Bile dah bertolak dari Riyadh aku tido dengan syoknye. Siap baring kat seat... Sumer org tutup tingkap so memang lena la tido.. Bgn2 dah nmpk cahaya mentari dah sikit2...

Kul 1pm landed kat KLIA, as scheduled.

Sekian la trip aku kali ni...

Tapi before aku stop,

aku nak ucapkan bebanyak la timer kasih kat beloved laki aku pasal dah bawak aku ke Tanah Suci. Syukur sesangat. Kat sana sumer org ingat kitorang baru kawin. hihhihi Alhamdulillah ala2 awet muda kot.. kwang kwang.... padehal anak dah 3

dan timer kasih gak kat mutawwif: Ust Afandi ngan Ust Arfan yg dok sentiasa membimbing jemaah sepanjang kat sana. To Ust Arpan, semoga cita2 nak sambung Masters tu tercapai.. insyallah.

Last but not least to the group ... you all best.. and thanks kepada yg dah temankan gi Raudah, yg sesama mkn nasi mandi, yg temankan gi solat, gi umrah, temankan makan2, yg sesama mendaki Jabal Nur, Gua Uhud. Yang semua aku rasa pun giler posing. Semoga u all telah mendapat umrah yg mabrurah..
Geng gagak hitam

Monday, 10 May 2010

Last Day

Last ziarah..pegi Masjid Quba' lagi sekali,  Bukit Magnet, Kilang Quran ngan Gua Uhud.

Bukit Magnet : Bas jalan sendiri. Kononnya ada magnet la kot . Tapi aku rasa jalan dia menurun.

Somewhere dekat Lapangan Magnet

Bersama Muttawifs
Kilang Quran : pompuan tak leh masuk, so aku pegi tempat jual quran je. Plan nak beli quran besar bagi mama tapi tak de jual. Rupanya org laki pun tak leh masuk tak tau pesal. Diorang dapat quran free je.

Gua Uhud: Aku teringin nak naik tapi sampai separuh jalan laki aku tak bagi green light dah pasal ramai sangat org. Tak de rezeki aku ..
Kat atas tu Gua Uhud. Org kata wangi baunya. Tempat Rasulullah s.a.w bersembunyi

Masjid Tikar 

Petang ni nak balik Mesia dah. Tapi souvenir lom habis beli lagi. So, balik dari  ziarah laju2 pegi carik brg lg. Balik bilik final packing pasal nak htr beg ke bawah dah....

Lepas lunch laki aku gi Ziarah Makam Rasul.. Aku dah susah hati pasal dia tak balik sampai Asar pasal dia kata nak balik dulu. Dah le lepas Asar nak terus naik bas. So, aku nak le semayang Asar tu kat Masjid Nabawi.. Last2 aku gamble la pegi gak bila org dah azan. Aku ingat kalo aku tak gi dan laki aku tak balik , mau aku nangis...

Sedih gak nak tinggal kan tanah suci... Bile flight take off, aku terasa syahdu sebak.... Aku nak dtg lagi... Insyallah..

Sunday, 9 May 2010

Day 11


Gather depan hotel

Hari ni Ziarah ke Masjid Quba,Ladang Kurma, Masjid Kiblatain, Pasar Kurma ngan Bukit Uhud.

Masjid Kiblatain :Rasulullah s.a.w mengalih kiblat dari Aqsa ke 
Kaabah

Masjid Quba'

Bersantai minum teh di Ladang Kurma

Backgroundkan Bukit Uhud

Backgroundkan Bukit Pemanah di Bukit Uhud

Saturday, 8 May 2010

Day 10

Pagi ni di bawak ke Raudah tapi ramai sgt org so tak leh nak concentrate. Sujud pun cium kaki org. So kitorang pun pakat nak gi lagi sekali lepas dinner.

Madinah kurang ramai orang compared to Mekah. 

Masjid Nabawi kat belakang

Friday, 7 May 2010

Day 9

Jalan2 kat Safwah Tower sebelum bertolak ke Madinah.


Masjidil Haram from inside Safwah Tower


Brunch @ D'Saji 

Last day. Buat hal sendiri. My last chance nak gi jumpa brother CL yg kerja kat Hotel Safwah Orchid . Memang rezeki aku pagi ni dapat gak jumpe ngan dia setelah sekian lama aku dok meminati blog dia. http://manzlie-makkah.blogspot.com/

With Brother CL

Jabal Nur / Gua Hira from far

The whole of Masjidil Haram 

Lepas balik jumpe dia. Terus balik hotel siap2 nak gi masjid utk Semayang Jumaat..heheh… kali ni aku ingat dah pompuan kena semayang Jumaat.. Terus buat tawaf Wida pasal dah nak berangkat ke Madinah.

Sebenarnya masa aku taip ni, aku kat atas bas otw to Madinah. Nak tgk view kat luar tapi silau. Nak tido tak ngantok.. dengan itu aku pun menaip la.

Nasi Mandi kat sini

Sambung balik.. Tadi singgah dinner kat Restoran Yaman. Sodap Nasi Mandi.. Satu dulang makan 5 orang. Lauk ayam ngan ikan dan ulam2.. Aku rasa dalam 5 org, aku la yg mkn paling byk...

Sampai Madinah kul 11 mlm. Dok kat Hotel Durrat Fayroz. Agak jauh dari Masjid Nabawi.



Thursday, 6 May 2010

Day 8

Buat hal sendiri. Alhamdulillah badan aku tak de yg sakit2.. Amazing aku rasa padehal tinggi GUa Hira tu. Petang lone ranger pasal laki aku pegi Jeddah ngan kawan2 dia.

ni gambar trip laki aku ke Jeddah

Wednesday, 5 May 2010

Day 7

Malam ziarah Jabal Nur. Bukan setakat ziarah tapi aku labelkan as Ekspedisi Jabal Nur. Ni la visit yg aku paling suker pasal ianya memang mengeratkan silaturrahim. Aku yg memang agak rindu ngan naik2 bukit/gunung ni, memang suker la dapat naik.. Tapi sebenarnya tak dela masalah apa sangat pasal naik tangga. Terdetik memori naik Gn Kinabalu pasal naik tangga. Cume bezanya Jabal Nur ni bukan bukit ada tanah pokok macam tempat kita… Batu semata2. Dan tangga dia pun tak de la sekata macam tangga kat umah kita tu. Jabal Nur ni tinggi gak.. Mengah jugak la nak sampai ke puncak dia. Tapi view memang lawa. Tapi yg paling aku kagum adalah Masjidil Haram dari atas. 

Subhanallah memang lawa sesangat2 ..

 Tak puas mata memandang dia punye cahaya dari masjid tu. Lama gak lepak kat atas tgk panorama tu. Pastu baru turun pegi tgk Gua Hira’ . Kecik je gua die. Jemaah lelaki ambik peluang solat kat gua tu…


Ini la gua tempat rasul menerima wahyu yang pertama

Aku tak leh imagine macamne S. Siti Khadijah blh naik ke Gua Hira sebab nak htr mknan untuk Rasul kita, berjalan kaki dari Tanah Haram pastu naik la Jabal tu. Zaman dulu mana ada tangga. Memang kental la jiwa dia. Tinggi tu panjat batu. Pastu kat satu tempat ni ada lak batu yg macam menyekat laluan. Sekali lagi aku terpk camne Rasul boleh terpk nak lalu kot situ.. Tapi beliau kan insan terpilih.. Bile nak masuk kot batu tu, aku teringat gak memori masuk Gua Wang Burmah pasal ada lalu batu sempit2 camtu.


Laluan celah batu

Malam tu kitorang turun ke bawah dah dekat kul 1 baru sampai bawah

Tuesday, 4 May 2010

Day 5 & 6

  Bumbung Masjidil Haram  

Day 5 : Wat hal sendiri

Day 6

Birthday Izzryl. Dah 4 tahun dah dia. Claim kek ngan aku masa aku call. Hmmm ni nak kena order kek DoD ni balik nanti. Sekali kan ngan Iman. Cut cost.

Hari ni ziarah pegi minum susu Unta fresh. Rasa dia macam processed milk yg kita salu pegi kat supermarket tu je sebijik . Tapi sebab minum depan unta, aku jadik tak leh berapa nak telan.. dok imagine unta gak.. Diorang perah2 unta terus transfer masuk besen dan tuang dalam botol jual kat kita.

 

Ladang unta.. tu susu unte kat tgn.. tak leh minum, kesian kat unta

 Pastu pegi Masjid Hudaibiyah 

Khusyuk aku dok dgr Ust Afandi bg peneranga

dan last sekali pegi Muzium Mekah. Susah nak masuk muzium dia ni.. Pihak diorang limitkan masa 20 minit je utk 1 group. Itu pun kena apply visa dulu tak silap aku la. So, memang tak leh membazir masa kat dalam.

  Main entrance

Replika Makam Nabi Ibrahim

 Quran tak de nokhtah

Muzium dia kecik jek, cume ada cerita hal yg berkaitan ngan Masjidil Haram, Masjid Nabawi ngan Kaabah.

Kaabah suatu ketika dahulu

Saturday, 1 May 2010

Day 3 & 4

Depan Hotel 

Day 3 : Buat agenda sendiri.

 Tanah Haram's expanding

Shopping perfume

Shopping jubah

Subhanallah.. Masjidil Haram yang memang amat lawa

Day 4

Jabal Thur.. tempat Rasulullah s.a.w bersembunyi selama 3 hari dalam perjalanan ke Madinah

Pegi ziarah ke Jabal Thur, tgk dari bawah jek. Pastu pegi Muzdalifah, Mina, Jamratul. Sumer ni lalu je..tak turun pun tapi at least dah dah bayangan la camna tempat2 ni masa haji.Kalo tak , tak leh nk imagine la camne kemah kat Mina, tempat melontar camne. . Dan kitorang dibawak gak pegi Jabal Rahmah. Last sekali pegi Masjid Jaranah.

di Jabal Rahmah : tempat pertemuan kembali Nabi Adam a.s dan Hawa


Friday, 30 April 2010

Day 2

Kat depan hotel aku memang tumpuan orang ramai. Ramai org2 Afrika yg ambik peluang jual memacam barang kat sini.. Memang meriah.. 

Ini sementara tengah gather nak ke  Masjid Tanaim…. Orang sentiasa ramai.. 

Masjid Tanaim. Ramai orang datang sini utk berniat ihram pasal dia adalah miqat yg paling dekat dengan Tanah Haram
Expanding Masjidil Haram

Nak citer pasal semayang Jumaat. Ni la first time aku pegi masjid masa org semayang Jumaat. Mane la aku tahu pompuan pun semayang jumaat gak. Maka aku pun niat le semayang zuhur. Aik tapi bila rakaat ke 2 dah salam… Kompom dah aku salah semayang ni. Rupenya pompuan pun ikut semayang jumaat gak. Hehhee… A lesson to learn.

Still jet lag. Magrib dah tersengguk2..Iye la kan, magrib kat Mekah sama ngan kul 12 kat Mesia .

Depan main entrance. Bab King Abdul Aziz

Thursday, 29 April 2010

Day 1

Before aku start, aku nak story sikit pasal group aku. Kitorang ada 2 bas tapi actual figure aku tak tahu brp org dan ada 2 mutawwif : Ust Afandi ngan Ust Arfan. Belum sempat lagi la aku nak berkenalan ngan diorang pasal Day 1 pun aku tak byk kuar bilik.


Masjidil Haram dari bilik aku

Dalam itinery memang dah siang2 cakap hari ni “buat hal sendiri”. Memang patut la, pasal memang penat pun. Aku ni sebab excited sangat pepagi tu tak rasa le ngantuk penat lagi, Masuk magrib memang outt….Tersengguk2

Jalan2 petang : aku memang kagum dengan kecantikan Masjidil Haram. Masjid tercantik bagi aku..